KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan komitmen itu dinyatakan susulan kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto ke atas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.
Mohamed Khaled telah menyatakan keyakinannya terhadap pengalaman luas dan inisiatif yang dibawa Prabowo, terutama dalam bidang pertahanan yang akan memberi kesan positif terhadap kestabilan dan keselamatan serantau.
"Kedua-dua Menteri yakin bahawa kerjasama yang kukuh akan memastikan pelaksanaan aktiviti sedia ada dan akan datang dapat terus dilaksanakan, seterusnya membawa hubungan pertahanan negara Malaysia dan Indonesia ke tahap yang lebih tinggi," menurut kenyataan itu lagi.
Pertemuan yang berlangsung selama hampir sejam itu adalah julung kali diadakan antara mereka sejak Mohamed Khaled menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan Dis tahun lepas.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahary, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohamad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.
Kementerian Pertahanan memaklumkan Mohamed Khaled turut mengucapkan tahniah kepada Prabowo yang dipilih sebagai Presiden Indonesia baharu berdasarkan keputusan rasmi Pemilihan Umum Indonesia 2024 baru-baru ini.
Prabowo tiba Pangkalan Udara Subang malam tadi bagi memulakan lawatan khas sehari beliau ke Malaysia.
Pagi tadi beliau turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.
Ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Prabowo Subianto (kiri) menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kementerian Pertahanan hari ini. --fotoBERNAMA
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
Malaysia-Indonesia komited perkukuh kerjasama pertahanan
Mohamed Khaled telah menyatakan keyakinannya terhadap pengalaman luas dan inisiatif yang dibawa Prabowo, terutama dalam bidang pertahanan.
Anwar, Prabowo bincang hala tuju rapatkan hubungan Malaysia-Indonesia
Pertemuan Prabowo dan Anwar hari ini antara lain membincangkan mengenai hala tuju seterusnya dalam merapatkan lagi hubungan antara Malaysia-Indonesia.
PM Anwar terima kunjungan hormat Prabowo
Prabowo tiba di Perdana Putra pada 9 pagi, yang merupakan sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari beliau ke Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
PM Anwar pemimpin pertama ucap tahniah kepada Prabowo
Anwar Ibrahim menyampaikan salam tahniah kepada Prabowo Subianto selepas dipilih sebagai Presiden Indonesia baharu.
Prabowo-Gibran diumumkan pemenang rasmi Pilpres 2024
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumkan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024.
PDI-P rancang failkan kes di Mahkamah Perlembagaan
PDI-P mahu siasatan legislatif dijalankan berhubung dakwaan berlaku pelanggaran pada Pemilihan Presiden Indonesia, baru-baru ini.